Saturday, February 5, 2011

Bola Keranjang.

Sejak dari kecil sukan kegemaran saya adalah bola keranjang. Sukan ini merupakan sukan yang terdiri daripada 5 orang pemain setiap pasukan di dalam satu permainan yang terdiri daripada point guard, small forward, shooting guard, power forward dan center. 

Mula bermain sejak umur 8 tahun tetapi tidak banyak peningkatan yang ada. Ini kerana saya tidak mempunyai asas di dalam sukan ini kerana saya hanya melihat bagaimana rakan-rakan yang lain bermain dan saya mula terikut dengan pengaruh rakan yang sedang bermain dan belajar melalui melihat bagaimana mereka bermain.

Namun begitu tiada kekesalan kerana tiada kemajuan yang pesat di dalam sukan ini malah ianya memberikan saya semangat untuk lebih maju di dalam sukan ini. 

Setiap permainan mesti akan ada kecederaan yang akan berlaku, bagi saya tidak banyak kecederaan yang berlaku biasanya hanya terseliuh kaki dan sebagainya. Namun sejak akhir-akhir ini bermula pada bulan Jun, 2010 saya terlibat dengan kecederaan yang berlainan daripada yang biasa. Antaranya ialah :

jari dislocate ketika bermain di court balakong game antara D'flipse vs Fenrir

 kelihatan jari yang di mana tulang tempat persambungan yang "lari"


 ok ini pula lutut... tapi bukan lutut saya, lutut jiran katil semasa di wad kecemasan.. hahaha

 inilah hasilnya apabila jari telah lurus dan di balut selama 3 minggu



Seterusnya adalah tisu koyak di bahagian bawah mata akibat terkena siku semasa bermain di court UiTM Shah Alam



inilah kesannya apabila telah di jahit



Antara kecederaan yang berlaku sepanjang bermain bola keranjang yang meninggalkan kesan pada diri saya. 
What's next?? nahhh.... hope this is the last. Thank you

No comments:

Post a Comment